E-buku ini adalah berdasarkan kisah benar berdasarkan pengalaman ex-detektif Koperal Tandek Sedah semasa menjadi anggota Pasukan Polis Sabah bermula tahun 1960 hingga 1970. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum Sabah menyertai Malaysia, peristiwa sebelum, semasa dan selepas Konfrontasi antara Indonesia-Malaysia. Pengisahan bermula dengan kisah kepayahannya mencari duit tambang bas untuk menghadiri temuduga pengambilan pegawai polis di Kota Kinabalu dan Seterusnya dimuatkan peristiwa-peristiwa pertempuran dengan tentera Kalimantan Utara (TNKU) di Jalan Tiku, Peristiwa menggali kubur mata-mata polis yang di kubur hidup-hidup , Peristiwa penduduk kampung dipindahkan, serangan lanun, rondaan dan banyak dan sebagainya. Di akhir e-buku dimuatkan sajak nukilan ex-detektif Tandek serta beberapa gambar pada zaman tersebut. Dapatkan e-buku ini segera !